Follow CikAkie

Terima kasih kerana sudi lawat blog Cik Akie. Alang2 dah ke sini,Follow & like blog Akie dan tinggalkan jejak ya!

Wednesday 13 November 2013

Resepi Spageti Mushroom Semudah ABC!

Assalamualaikum ^^
Cik Akie kembali disini...
seperti biasa Akie harap semua readers sihat-sihat ye
Akie pon sihat jer...huhu
*tak de orang tanye pon???syokk sendiri le tuu..kihkih

Oke..back to our main topic
mesti ramai yang teringin nak makan sesuatu
dan mungkin korang tak ade idea nak masak apa untuk
breakfast, lunch atau dinner?
Akie cadangkan korang masak Spageti Mushroom istimewa Cik Akie ni
serius, memang sedap dan mudah
bahan-bahannya pon tak banyak
Just follow these steps oke?

Bahan-bahan:

*1 paket spageti (rebus dan ditoskan airnya)

Sos Mushroom
1 bawang besar - potong dadu
50 gram cendawan butang
1/2 cawan chicken stock /2 kiub pati ayam
2 sb butter atau planta
2 sb minyak masak
Garam
Black pepper
1 sk tepung jagung atau tepung gandum
Sedikit black pepper sauce
sedikit kicap (untuk pekatkan warna sos)


Cara-cara:
Panaskan marjerin dan minyak masak.
 Bila marjerin dah cair, goreng bawang besar hingga layu dan naik bau. 
Masukkan serbuk lada hitam. Biarkan sekejap. 
Masukkan tepung jagung. Sebatikan dengan minyak. Guna api kecil. 
Masukkan pula air yang telah dicampur dengan kuib pati ayam.dan sebatikan dengan bahan goreng tadi. 
Masuk cendawan butang. 
Titiskan kicap hingga menepati kehitaman kuah ikut selera.
 Biarkan mereneh dan memekat. 
Rasa terlebih dahulu dan letak garam mengikut kemasinan tekak awak.
Dah siap...mudahkan?



ni ler hasilnya...sedap an...Its really Yummiliciouss tau!

Tip daripada Cik Akie:
Jika kuah sos mushroom kurang pekat 
awak boleh lah bancuh 2 sudu tepung jagung untuk pekatkan lagi
dan jika nak lebih sedap awak masukkan sekali daun saderi...
pasti sedap...yum yum

Oke, sampai sini saje...selamat mencuba !!!

1 comment:

  1. sedapnyaa :) Btw kalau sudi follow http://tips-blogging-treatment.blogspot.com/. saya akan follow balik ty :)

    ReplyDelete