Follow CikAkie

Terima kasih kerana sudi lawat blog Cik Akie. Alang2 dah ke sini,Follow & like blog Akie dan tinggalkan jejak ya!

Saturday, 25 August 2012

Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum~
 
Salam sayang dari empunya blog...
dah berkurun rasanya tak update blog ni...maklumlah,Cik Akie masih
pelajar yang masih tidak sedarkan diri akan menduduki peperiksaan
besar pada tahun 2012 ni...SPM,ngeri mendengarnya
saje nak menggatal tangan menaip something kat blog ni...

Selamat Hari Raya!!!
walaupun dah nak penghujung raya, Akie nak juga ucapkan
kepada kepada semua yang mengenali diri ni dengan tulus ikhlas
Maaf Zahir dan Batin
kalau nak duit raya takat 20 sen boleh la ye~

Ucapan kepada semua SPM candidates 2012
yang mana belum trial tu,good luck
mari kita bersama sama ingat SPM yang akan tiba
Akie takut bila memikirkan Akie ni nak SPM
padahal,study pon masih malas lagi...adush~
impian punya lah besar tapi usaha nya ciput habis
ni TAK BOLEH JADI!!!!
you must change by right now!!!
karang baru nak menyesal dah tak berguna...

maaf ye, kepada semua pembaca yang sudi baca blog ni
Akie dah tak boleh nak selalu update blog ni...
nak fokus pada SPM
insyaallah,Akie akan sentiasa update info2 TERbaik! bila dah habis
periksa nanti...

Akhir kalam,kepada yang sudi meluangkan masa melawat blog ni
Akie nak ucapkan THANKI|E VERY MUCCHHHH!!!!
sayang korang sangat2!

dah nak chow ni...semoga kita berjumpa lagi...
WASALAM~