Follow CikAkie

Terima kasih kerana sudi lawat blog Cik Akie. Alang2 dah ke sini,Follow & like blog Akie dan tinggalkan jejak ya!

Saturday 30 March 2013

# Dari Hobi ke Bisnes kecil (kraf Felt)

Salam...
Hai semua...Akie kembali berceloteh~
kali ni Akie nak share sikit hobi+bisnes kecil Akie ni...
Akie baru je mula membuat sedikit tempahan untuk orang2 kat Segamat ni je...
hasil kraftangan yang dibuat dengan penuh kasih sayang..hehe
sekarang ni mungkin Akie hanya jual dekat2 rumah Akie je
terutama kat Padar Malam (akan datang) ataupun kat sekolah adik adik Akie
kalau ada sesiapa yang di luar Segamat yang minat nak tempah
...Akie kena fikir dulu la...
kalau banyak yang ditempah Akie pos ler...>_<
ni adalah harga produk Akie...gambar2 ni hanya sebahagian produk Akie...
produk yang tiada gambar akan dikemaskini di blog ni ye...harap maklum
# maaf...warna produk pada gambar tidak seceria yang original
al-maklum...kamera handphone
(yang ada tanda * tandanya tak da gambar lagi...)
CIK AKIE CRAFT
Kerongsang Bunga Besar
# RM 4.00 


Keychain Owlie (Burung Hantu)
# RM 4.00


Keychain Angrybird
# RM 4.00


Keychain Mashimaro
# RM 4.00


Kerongsang Bunga Besar
# RM 4.00


Kerongsang Bunga Kecil
# RM 3.00


Klip Rambut Kecil
# Sepasang ~ RM 3.20
# Seunit ~ RM 1.70


Klip Rambut Besar
# Sepasang ~ RM 4.70
# Seunit ~ 2.50

Keychain Nama
# (3/4 huruf) ~ RM 4
# (5/6/7 huruf) ~ RM4.50


Kerongsang Bunga Daisy
# RM 2.50


Keychain Bunny Sock (Sock Doll)

# RM 7


*Keychain Mini Bunny Sock (Sock Doll)
# RM 5.50

*Keychain Owlie (Sock Doll)
# RM 5.50

* Handphone Case
# RM 10.00....(tak tetap)

* BookMark
# RM 2.00/RM 1.50



untuk pengetahuan awak...awak juga boleh request apa2
bentuk atau warna dengan persetujuan Cik Akie...
untuk membuat tempahan
hantar je email kat balqis_kim95@yahoo.com
ataupon FB Balqis Sham @ Fairuz Sham 
atau mesej no Akie je...0177815826

SAALAM UKHWAH DARI CIK AKIE....



Thursday 28 March 2013

# Penghijrahan



Salam...^_^
Akie kembali berceloteh....
sudah seminggu sudahnya keputusan SPM diumumkan
Akie pasti ada yang gembira dan ada juga yang kecewa
dengan keputusan SPM masing-masing
Akie tumpang gembira dengan result korang yang hebat tu...
# jelez sesangat....T_T
dan juga dalam seminggu ni
Akie dikerumuni dengan soalan yang standart
"kau berapa A?"
HAHA...no komen...saya malu...
tapi jangan lah pula sampai kejar Akie nak tanya keputusan
Spm Akie yang tak sehebat mereka yang sememangnya dapat straight A tu...
# GERAM!

Penghijrahan...
Akie perasan...ramai sudah sahabat Akie yang kat luar sana
sudah berhijrah...become truely Muslimah...Alhamdulillah
dan tahniah Akie ucapkan kat korang
Akie tumpang gembira dan sangat cemburu dengan korang yang sudah
pon dapat hidayah daripadaNya...untungnya korang~

Sebenarnya,bukan mudah nak berubah lagi-lagi perkara
yang kurang menyenangkan tu merupakan tabiat kita...
Akie tahu...Akie bukannya insan yang sempurna...NOBODY PERFECT
Akie terasa bila ada orang yang menegur Akie seperti tidak 
mengambil perkara serius tentang aurat ataupon perlakuan Akie yang sedikit kasar
Akie tahu Akie mesti berubah...tapi Akie tak nak lah buat sesuatu
itu hanya umpama ajak-ajak tahi ayam je...
bila da mula nak tunjukkan perubahan...pasti ada suara-suara
yang mengata dibelakang ...Akie terasa ye~

Apa-apa pon Akie tahu ni tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mahukan
penghijrahan yang sememangnya indah tu...
moga-moga niat suci murni ku ni diberkati oleh Allah
dan jauhilah Akie dari Syaitan yang sering menghasut
serta anasir-anasir yang lain....Amin...

Akie harap apa yang ingin Akie mahukan direalisasikan dan 
dapat diterima oleh orang sekeliling Akie...
Please respect me as human being tooo....>_<

SALAM UKHWAH DARI CIK AKIE>>>>

p/s > ada sesiapa sudi ajar Akie bahasa Arab...saya teringin nak masuk UIA 
tapi fail speaking Arab apatah lagi yang lain2 berkaitan bahasa Arab...
mohon diajarkan kepada sesiapa yang sudi..."_"


Monday 18 March 2013

# Sayang beBERqu~❤


 Salam pembuka bicara...seperti biasa Akie nak
merepek disini...harap ada lah yang sudi nak baca ye??...hee
entry kali ni lebih kepada personal case...haha
Akie cuma mahu luahkan perasaan rindu dan sayang Akie
terhadap mereka semua dibawah ni...


# ni Cik Zue...aka Panda
ni lah antara kawan Akie yang Akie sangat rapat sampai sekarang
antara mereka semua dibawah ni dialah yang paling lama Akie kenal
dan selalu jumpa terutama masa sudah habis sekolah ni...
kalau tengok dari gambar dia je konfem korang dah dapat agak
yang dia ni pandai bergaya...yang tu tak dapat nak disangkal lagi...
hope sangat hubungan cinta dia dengan 'si dia' dapat kekal
sampai bila2...hehehe (chaiyok Zue!!!)


# Ni Cik Nina aka Nina Chan 
gelaran dia tu sebenarnya nama FB dia tapi sampai sekarang melekat
dan ramai yang panggil dia Nina Chan...HAHA
yang ni antara kawan Akie yang sekepala...juga yang selalu disisiku...HUHU
lihat saja senyuman nya yang lebar dan matanya yang besar...
terselah sifat happy go luckynya...
dia ni juga banyak support Akie dan sentiasa setia dengan Akie...
dia juga banyak pegang rahsia Akie tetapi Akie percayakan dia...
sebab Akie sayang dia sangat2...
sayang Nina Chan aka beruang koala(gelaran dia gak~)



# ni Cik Pah aka Lembu
jangan tanya kenapa tu gelarannnya..HAHA
seorang yang sporting...open minded dan agak degil...
ni lah antara sahabat Akie yang paling degil...
susah betul nak tukar dia punya pendirian taw!
tapi akie tabik kat dia sebab dia memang seorang yang cekal 
dan berani bersuara...Chaiyok Pah...aku sayang ko gak!!!



# ni Cik Ana 
seorang yang ceria, comel dan seksi..hihi
dia ni memang suka goda orang...mentang2 lah dia ni
memang seksi gitu...untunglah~
apa-apa pun Akie seronok berkawan dengan dia
sebab Akie jarang nampak dia marah-marah...sentiasa cool~
dia juga jenis yang suka mendengar cerita...so,seronok gak 
bercerita dengan dia ni...
dia ni memang seorang yang manja...I think so
(sesiapa yang mendengar suara dia mesti ingat budak kecil...cayalah!)


# ni Cik Aunie
seorang yang amat gila-gila
tengok je muka comel tapi suara agak garau..hehe
tapi tak pe...dia still orang yang cantik
 dan yang pasti hormat pada Akie as the oldest sister among us
siapa sangka sekarang dia sudah menjadi pemimpin di asrama SUKSES
Ganbate ye adik...don't be too strict k!adik-adik tak suka~ 


# Cik Nab
the youngest among us...
walaupon berbeza umur 2 tahun dengan Akie
Akie dah anggap dia antara my bestfriend
dia ni juga seorang yang ceria
sometimes become more crazy
but still can control her mind..HAHA
dia juga antara kawan Akie yang mempunyai penderian yang tersendiri
I respect you as you respect me too...HEE
Good Luck for your becoming exam...jangan leka dan terlalu enjoy...
NO HONEYMOON!


# Cik Elia
my lovely sister...love you so much dear!
ni lah adik Akie yang paling pemalu antara kami
but still mad person...HAHA
banyak juga kejutan sepanjang Akie mengenali dia ni...
seorang yang penuh kejutan bagi Akie
sebab banyak benda yang Akie terkejut dengan dia ni
luaran dan dalaman penuh perbezaan...


# Cik Tikah....aka Itik
my charm sister...
seorang yang ceria dan kelakar
dia juga seorang yang banyak membantu diri ni
tak pernah lekang dek senyuman khas untuk Cik Akie...(bangga!__ )
seorang yang simple tetapi hatinya amat cekal
bagi akie dia seorang yang rajin dan Akie harap
semua impian dia akan tercapai...
good luck ye untuk SPM 2013 ....rasakan penangannya!
HAHA XD


# Cik Ayu
seperti namanya...seorang yag ayu gitu...
antara semua...dia ni lah paling jauh dari kami
al-maklum,orang tu bijak...
Akie bangga dapat kawan macam dia ni...
sometimes dia seorang yang pendengar yang baik
gadis yang lincah dan sangat berwawasan
first time Akie jumpa dia,Akie kagum
 dengan wajahnya yang ayu semulajadi tu
sampai Akie ingat dia senior Akie tetapi hakikatnya dia junior...
kami beza setahun....I miss you so much my dear!



Akhir kalam...Akie sangat berharap agar kami sentiasa tidak

putus berhubung dan semoga hubungan ukhwah ni diberkati oleh Allah swt

dan ikatan silaturahim ni akan berkekalan...Amin

SALAM UKHWAH DARI CIK AKIE/////___






Tuesday 12 March 2013

# kalau lah dapat Bonus A dalam SPM!

ASSALAMUALAIKUMMM....
harap-harap kita-kita sentiasa sihat
saya sihat walaupon awak tak tanya saya sihat ke tak...HAHA
nampaknya sekarang ni Akie memang tiada masa nak update blog
lagi pun, bukan nya ada sesiapa yang singgah membaca disini pon
# HAHA (gelak sendiri)
Baru-baru ni mak Akie baru membeli oven...
dah lama kami rancang nak beli
baru tahun ni dapat beli...mungkin tahun dapat bonus
# kan bagus kalau keputusan SPM Akie juga dapat bonus???
kalau dapat...Alhamdulillah
rasa seram pula bila ceciter pasal result SPM yang bakal keluar beberapa
hari lagi ni...apa-apa pun Akie memang belom bersedia
menghadapi hari yang amat dinanti-nantikan kepada semua
yang ambil SPM 2012....harap-harap tahun ni result gempak,yaaa
Okey ,Akie rasa Akie dah ada hobi baru
hobi ni lebih berbunyi agak feminine untuk Akie
sebab Akie sememang nya terkenal dengan seorang
yang berwatak ganas dan cuai...
jadi,mesti agak pelik bila Akie suka memasak, bakar kek
dan...menjahit sulaman manik...sangat feminine bukan???
bab jahit sulaman manik tu,Akie tak ada lah expert...
masih belajar dan cuma belajar melalui buku
nasib baik mak bapak Akie sokong hobi baru Akie ni...
tu sebab lah mereka sponsor buku belajar jahit manik...
by the way, thank you...love you mum and dad!
# tak sangka feminin gak aku ni???

apa-apa pon...get ready to take off!HAHA
redha dengan ketentuan illahi...

Kepada korang-korang yang akan 
ambil result SPM Rabu depan...
Akie wish korang dapat yang TERbaik...
Doakan jugalah untuk empunya diri ni 
walaupun rasanya sudah terlambat
sekarang nak harapkan keajaiban berlaku...HUHUX T^T

Salam Ukhwah dari Cik Akie~ 



Cik Akie Si Peminat Bruno Mars...HAHA

Monday 4 March 2013

# kisah Cik 'Biba',,,


Salam pembuka bicara
Cik Akie kembali berceloteh diruang kudus ni...hahax
kali ni Akie nak cecita pasal Cik 'Biba'...
korang kenal tak Cik 'Biba'??? kenal!
Cik 'Biba' ni bukannya sesiapa tetapi sejenis haiwan
(bukan juga nama seseorang...harap maklum~)
cuba teka apakah Cik 'Biba' yang Akie dok cakap ni...
jawapannya ialah......BABI (sejenis binatang ye...!)
# ni bukannya mencarut ye...I MENTION AGAIN!
NI BUKAN MENCARUTTTT!!!!
#aduh...susah betul le bab-bab sebut perkataan ni
takut buatnye jadi kontroversi...O_o


sebenarnya Akie cuma nak cerita kisah adik Cik Akie dengan sejenis haiwan
yang Akie rasa Akie suka panggil..Cik 'Biba'
# lebih sopan kot bunyinya..HAHA

Dulu-dulukan...masa adik Akie kecil-kecil
adik Akie ni jenis budak cerdik dan suka membaca
nak dijadikann cerita ni
Adik Akie dapat buku cerita kisah 'Si Arnab dan Si siput SEDUT!
eh!salah...siput babi...(sejenis binatang~)
kisahnya berbunyi macam ni
sedang si adik ni syok membaca dengan penuh semangat 
tiba-tiba dia berhenti membaca...ayah Akie tanyalah kenapa berhenti baca???
tiba-tiba,dia jawab....
"Abah!Buku ni HARAMlah!"
ah...sudah~apanya yang haram tu...pada mulanya Abah ingat'
ada ayat-ayat unsur @#$%^ ke....(tak boleh cakap!DOSA~hehe)
rupa-rupanya siput babi...
kisah ni juga berulang pada adik Akie yang seorang lagi ni
dia juga ada masalah menyebut perkataan ni
punya lah payah nak sebut babi
"Ermmm...bab...bab..babbb..Abah!tak boleh sebutlah...Allah marah!"
tu lah ,kanak-kanak sekarang...cerdik-cerdik semuanya
nasib baik lah mereka ni masih suci lagi
tetapi ada juga segelintir kanak-kanak sekarang
sudah mula mencarut,membuli dan melakukan perkara yang tak senonoh
sampailah kawan-kawan yang sebaya mereka turut terpengaruh..aduhh~
tu yang berlakunya bila adik bongsu Akie dengan muka tak bersalah
membuat perbuatan yang seakan-akan
aksi lucah(yang tunjuk jari tengah tu~)...terkejut satu keluarga
bila ditanya katanya kawan yang ajar
lepas tu Akie tanya lah kenapa buat macam tu
jawabnya..."entah...kawan yang ajar,kak"

konklusinya ,kita mestilah menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak muda sekarang terutama kanak-kanak seperti yang
Akie dok membebel dari tadi ni...
mereka sememang nya mudah terpengaruh dan suka
explore benda-benda disekeliling mereka

Akhir sekali ,Akie nak ucapkan ribuan kemaafan sekiranya sesiapa
yang bernama Cik Biba terasa dengan entry ni,ke apa...
saya tak bermaksudkan awak...HARAP MAKLUM!peace!

p/s~Akie juga memangil binatang babi ni dengan
gelaran...'BAB 1' ^_^