Follow CikAkie

Terima kasih kerana sudi lawat blog Cik Akie. Alang2 dah ke sini,Follow & like blog Akie dan tinggalkan jejak ya!

Thursday 21 November 2013

Penamat hari-hari cutiku dirumah



Assalamualaikum bloggers.. : )
Akie kembali berceloteh
Alhamdullillah ,Allah masih memberi Akie peluang lagi untuk
berhidmat untuk Nya didunia ni...
kalau tak macam mana Akie boleh membebel taip kan?kan?
Thanks to Him again...^^


as usual ler, seronok punye holiday sampai terlupa dah nak habis sem break!*Cis!
geram betul sebab tak puas nak holiday , nak tatap muka family
nak tengok drama Playboy Itu Suami Aku
nak baca novel 'cintan cinton' Akie yang masih banyak lagi belum baca
* tu ler,siapa suruh tamak beli banyak-banyak

dah tu, tak kurangnya geram kat diri ni
sebab dah nak minggu akhir sem break ni baru ler nak berjinak-jinak
cuba masak something...Alhamdulillah,banyak juga benda yang dulu memang Akie
teringin sangat nak masak dengan hasil air tangan sendiri
sekarang , Akie dah cuba buat Aiskrim , puding roti , tart buah -buahan,
pavlova , spageti mushroom dan banyak lagi ler
yang pasti semua makan barat sana tu
sampai kena perli dengan mak ,dia cakap...
"ni asyik masak Western food jer...tak pasal-pasal nanti kalau kena kahwin dengan mamak
atau orang Negori camne??" [sambil ketawa macam mengejek ]
huhuk...nak buat macam mana...
andai jika betul pon Akie dapat suami  mamak ke orang Negori pon
dia mesti terima anak dara mak ni seadanya...ni tekak selera orang!
suka hati Akie ler nak masak per..
lagi pon, kalau betul suami Akie tu orang ntah pe-pe tu
nanti Akie berlajar ler masak masakan ikut tekak dia tu kan? kan?
setakat tengok resepi kat buku atau internet...senang je kan??
janji hati kena terbuka untuk masak dan yang penting RAJIN
kalau tak rajin jawapan nye sama jer...
masak sekali tu jer beria-ria ,lepas tu acuh tak acuh jer...*haha

back to my main topic,
akhirnya kami (pelajar matrikulasi seMalaysia)
kena balik juga Jumaat ni, sebabnya esoknya (Sabtu)
ada peperiksaan penting bagi kami,MUET
*ngeri dengar tau...
Akie ni dah ler tak study sangat untuk MUET ni
sibuk benor jadi anak dara 'TERrajin' ...
lagi pon Akie tak tahu sangat nak revise ape?
tapi telinga ni boleh naik bernanah dek hari-hari kena bebel
disuruhkan study MUET *sembam muka kat bantal

apa-apa pon, korang-korang doakan Akie dapat buat yang terbaik untuk
MUET ni, PSPM lepas tu dah tak boleh kata ape-ape
benda dah lepas tak yah ler nak dikenang-kenangkan??
so, sekarang ni Akie cuba positifkan diri
untuk teruskan jelah perjuangan ni
andai gagal, Akie terima seadanya, Akie pasti mesti ada hikmahnya
andai berjaya, Akie tersangat-sangat ler bersyukur kepada Yang Esa
Akie pon berharap sangat MUET dapat band yang dalam kategori selamat
tak nak ler kena ulang kan??

kepada sesiapa yang ada request resepi kat Akie
tak kira ler Facebook ke, Insta...
Akie nak ucapkan thank you sangat-sangat
terharuuuuu...kita ni baru jer belajar
so, rasa segan pulak nak share resepi kat korang
tapi sebab Akie sayang korang, Akie tersangat ler sudi berkongsi ilmu
resepi-resepi yang Akie pernah masak dengan korang semua
harap-harap, korang dapat juga masak dan yang pasti kena ler sedap kan?

okey...sudah sampai juga kepenghujungnya
sebelum tu , Akie nak ucapkan semoga maju jaya dan buat yang terbaik
untuk semua pelajar Matrikulasi SeMalaysia untuk MUET
kita sama-sama berdoa agar kita dapat apa yang kita inginkan
dan mari sama-sama tanam azam baru
do our best for the next semester
Azam???..err...4 flat ke??\
Akie tak berani...3.8 pon okeh ler...hahaha
(memang tak konfiden langsung Akie ni kan???)
Salam ukhwah dari Cik Akie...^^


Friday 15 November 2013

Resepi Aiskrim dari Cik Akie

Assalamualaikum...
apa khabar tuan puan? Mak Jemah kembali didapur !!
*Mak Jemah ler sangat!Haha
entry kali ni Akie nak share resepi mudah lagi sedap
Aiskrim ala-ala Mc Flurry Oreo
mengancam tak dengar?*huhu
rasa terliur tak?sabar-sabar dulu ye
ni Akie nak share ler ni
korang boleh buat guna perisa lain jugak tau...
vanila ke, coklat ,peppermint dan lain-lain
ikut selera tekak awak ler nak letak perisa apa
sebab resepi ni memang asas punye
cuma kalau nak perisa lain
 letak perisa tersebut  masa dah bahagikan kepada beberapa bahagian oke?
ikut je step mudah ni..bahan-bahannya pon tak banyak

bahan-bahan:
1 tin susu cair (1 1/2 cawan)
1/2 tin susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette

cara-caranya:

1) campurkan kesemua bahan iaitu susu cair, susu pekat telur , esen vanilla dan ovalette ke dalam bekas

2) putar kan menggunakan stand mixer selama 15-20 minit sampai jadi likat dan berkrim

3)kemudian,bahagikan kepada beberapa bahagian untuk letak perisa
* Akie bahagi kepada dua bahagian je, coklat dengan oreo yang sudah dikisar halus

4) siap! lepas tu masuk dalam tong sampah ye...haha...*acah jer!mestiler masuk dalam peti sejuk...huhu

mudah gilorrss an?
siapa cakap susah meh Akie campak dalam mixer...muahahaha...*gelak macam witch



Ni ler Aiskrim ala-ala Mc Flurry Oreo yang Akie cecitew tu


haaa...yang bekas kuning tu Aiskrim Oreo dan bekas biru tu Aiskrim coklat
Akie letak coklat malt jenama Malco jer...sedapp giler I kata youuu...haha..*macam gedik jerr

Apa tu ovallete?
ovalette  dikenali sebagai sponge cakes tabilizer atau sejenis bahan penstabil atau emulsifier

oke2...dah siap tunjuk kat Akie..hee...nanti komen ler kalau nak  tanya apa-apa
kalau tak faham pasal resepi ni...tapi tak kan ta faham kot...mudah je kan?
Selamat mencuba


p/s> nak copy tekan ctrl+c dan paste tau...Salam Ukhwah dari Cik Akie

Wednesday 13 November 2013

Resepi Spageti Mushroom Semudah ABC!

Assalamualaikum ^^
Cik Akie kembali disini...
seperti biasa Akie harap semua readers sihat-sihat ye
Akie pon sihat jer...huhu
*tak de orang tanye pon???syokk sendiri le tuu..kihkih

Oke..back to our main topic
mesti ramai yang teringin nak makan sesuatu
dan mungkin korang tak ade idea nak masak apa untuk
breakfast, lunch atau dinner?
Akie cadangkan korang masak Spageti Mushroom istimewa Cik Akie ni
serius, memang sedap dan mudah
bahan-bahannya pon tak banyak
Just follow these steps oke?

Bahan-bahan:

*1 paket spageti (rebus dan ditoskan airnya)

Sos Mushroom
1 bawang besar - potong dadu
50 gram cendawan butang
1/2 cawan chicken stock /2 kiub pati ayam
2 sb butter atau planta
2 sb minyak masak
Garam
Black pepper
1 sk tepung jagung atau tepung gandum
Sedikit black pepper sauce
sedikit kicap (untuk pekatkan warna sos)


Cara-cara:
Panaskan marjerin dan minyak masak.
 Bila marjerin dah cair, goreng bawang besar hingga layu dan naik bau. 
Masukkan serbuk lada hitam. Biarkan sekejap. 
Masukkan tepung jagung. Sebatikan dengan minyak. Guna api kecil. 
Masukkan pula air yang telah dicampur dengan kuib pati ayam.dan sebatikan dengan bahan goreng tadi. 
Masuk cendawan butang. 
Titiskan kicap hingga menepati kehitaman kuah ikut selera.
 Biarkan mereneh dan memekat. 
Rasa terlebih dahulu dan letak garam mengikut kemasinan tekak awak.
Dah siap...mudahkan?



ni ler hasilnya...sedap an...Its really Yummiliciouss tau!

Tip daripada Cik Akie:
Jika kuah sos mushroom kurang pekat 
awak boleh lah bancuh 2 sudu tepung jagung untuk pekatkan lagi
dan jika nak lebih sedap awak masukkan sekali daun saderi...
pasti sedap...yum yum

Oke, sampai sini saje...selamat mencuba !!!

Sunday 10 November 2013

My First Tutorial Pashmina...Mesti tengok!


Assalamualaikum
Ya Allah! Alhamdulillah...Finally I did it!
mula-mula Akie fikir malu sangat-sangat 
tapi atas desakan adik-adik Akie yang tersayang
Akie pon buat ler dua video Tutorial Cara pakai pashmina
hopefully readers yang lain pon dapat belajar 
tutorial ni mudah dan tak perlu banyak pin
kedua-dua style ni memang gaya yang selalu Akie pakai
tak kira ler pergi ke mana
Sori la ye muka tu memang coreng moreng
buat tergesa-gesa ler katakan
harap sangat awak faham

Tutorial Pashmina Mudah

Tutorial ni sesuai sangat kepada Hijabi beginner...yang ni asas jer


Tutorial Pashmina style messy macam Cik Akie 




maaf ler ye...sebab video kabur-kabur
tak tahu kenapa kabur-kabur sebab masa buat tu ok jer
*haha

harap-harap awak suka dan dapat pelajari
tutorial pashmina mudah ni
thank you very much kepada yang sudi tengok video tutorial Cik Akie
yang mengong ni...^^
Sori ler ye kalau ada typing error kat video tu
sebenarnya baru perasan de typing error
haha...nampak tak disitu yang sebenarnya Akie ni memang
bukan seorang yang teliti...*gelak

by the way,thanks for everything
Selamat menonton...^^

Friday 8 November 2013

I love Maybelline!



Yuhoooo!!!
Assalamualaikum...
apa khabar readers?
hopefully sihat sejahtera...jangan terlalu sihat macam empunya blog ni sudah*keh3

So, kali ni Akie nak share sedikit pendapat personal
tentang produk Maybelline
siapa suka Maybelline angkat kaki please? *huhu

First time pakai produk Maybelline sejak 3 tahun lepas masa Form 4
mula2 tu hanya start beli Baby Lips...lip bam
budak sekolah mana boleh make up2 ni...
lepas tu da mula jinak2 make up sikit time Form 5
Akie mula beli B.B cream Maybelline dan untuk pengetahuan
Akie masih guma B.B cream Maybelline sampai sekarang
bagi Akie memang ngam kat kulit muka Akie
Akie selalu pakai tak kisah ler pagi petang atau malam
kalau pergi kuliah mesti nak tepek B.B cream
kalau tak muka Akie nampak sangat kusam
*nak tutup jerawat sebenarnya...hoho

Alhamdulillah
semua produk Maybelline memang memuaskan hati
baru2 ni pon Akie beli lipstick BoldMATTE
serius colournya sangat cantik
bila pakai rasa ringan jer bibir
yang pasti Akie suka sangat2

Hari tu Akie test foundation Dream NUDE Airfoam dan Dream Liquid Mousse
serius memang tekstur dia sangat ringan dan cepat kering
memang sangat best!
tapi sayang tak sempat nak beli sebab tak sempat nak test
colour yang sesuai kat kulit muka Akie...sob3
tapi tak pe,nanti kita serbu bedak asas cool gilorss tu...haha

So,apa lagi jom serbu mall berdekatan awak dan grab produk kecantikan yang awsome ni
chow dulu...tata

Dream NUDE Airfoam


Dream Liquid Mousse

lipstick BoldMATTE

B.B cream 




Thursday 7 November 2013

Cuti Semester 1

Assalamualaikum...
dah lama tak update blog ceconet ni...kangen bangat! *huhu
hopefully,awak-awak sihat walafiat ye...
dan alhamdullillah kita diberi peluang lagi untuk beribadah 
kepada Allah dan bernafas...tersangat ler syukur kepadaNya
Iyalah siapa tahu ajal maut kita an?
diri ni pon banyak lagi dosa2 dan masih lagi bertatih untuk mendalami ilmu2 Allah ni
masih banyak lagi yang perlu dipelajari
nampak disitu bertapa jahilnya diri ni...huhu

Alhamdullillah
habis juga final exam untuk semester 1 ni
as you know,exam ni dikenali sebagai PSPM 
exam ni hanya untuk pelajar matrikulasi aje...
as usual, exam mana yang tak susah an?
bagi Akie, PSPM ni sangat scary
tipu betul senior2 cakap senang
kononnya UPS( exam mid sem) susah tapi PSPM nanti senang...????
*hampeh!!

apa2 pon nak ucap ler tahniah kepada diri ni
sebab Akie tau tak de sape pon nak ucap tahniah pada kite yang dan buat
sebaik yang mungkin...*sedih tau!
dan sekarang Akie dah berusaha ...so, tawakal jela
kepada yang ESA...Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita

ok...cuti-cuti panjang macam ni memang boleh tepu otak ni
*actually nak taip tepu dek lemak...keh3

habis lah ...
naik ler berat badan namapaknya
kononnya bila da masuk matrik ni da tekad nak berdiet
last2 janji hanya janji
Akie ni memang seorang yang selera besar
lagi2 buka peti ais jer dah macam paradise!
banyak makanan youuu~
just pilih dan makn...easy right? 
*easy untuk gain lemak ada ler~hihi

So,Akie nak ambil kesempatan ni nak buat wishlist

1) nak pergi shopping! *wajib
2) nak belajar buat tart buah...*yummyliciouss!
3) nak buat DIY ...felt craft *gambar nanti kita update tau
4) nak upadate blog daily diaries
5) nak beli 2 helai skirt maxi...OMO!
6)nak belajar bawa motor...*bakal minah rempit nampaknya
7) nak jadi SUPERWOMAN...*superkakak pon oke ler~
8) nak buat Video macam vlogger tuu...*tak pernah buat...nak cuba
9) latih tubi writting...*MUET
10) nak jadi THE best of THE best...Amin^^


ok...da buntu nak taip pe lagi...selamat bercuti
dan Salam Ukhwah dari Akie...love uolls!