Follow CikAkie

Terima kasih kerana sudi lawat blog Cik Akie. Alang2 dah ke sini,Follow & like blog Akie dan tinggalkan jejak ya!

Friday 15 November 2013

Resepi Aiskrim dari Cik Akie

Assalamualaikum...
apa khabar tuan puan? Mak Jemah kembali didapur !!
*Mak Jemah ler sangat!Haha
entry kali ni Akie nak share resepi mudah lagi sedap
Aiskrim ala-ala Mc Flurry Oreo
mengancam tak dengar?*huhu
rasa terliur tak?sabar-sabar dulu ye
ni Akie nak share ler ni
korang boleh buat guna perisa lain jugak tau...
vanila ke, coklat ,peppermint dan lain-lain
ikut selera tekak awak ler nak letak perisa apa
sebab resepi ni memang asas punye
cuma kalau nak perisa lain
 letak perisa tersebut  masa dah bahagikan kepada beberapa bahagian oke?
ikut je step mudah ni..bahan-bahannya pon tak banyak

bahan-bahan:
1 tin susu cair (1 1/2 cawan)
1/2 tin susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette

cara-caranya:

1) campurkan kesemua bahan iaitu susu cair, susu pekat telur , esen vanilla dan ovalette ke dalam bekas

2) putar kan menggunakan stand mixer selama 15-20 minit sampai jadi likat dan berkrim

3)kemudian,bahagikan kepada beberapa bahagian untuk letak perisa
* Akie bahagi kepada dua bahagian je, coklat dengan oreo yang sudah dikisar halus

4) siap! lepas tu masuk dalam tong sampah ye...haha...*acah jer!mestiler masuk dalam peti sejuk...huhu

mudah gilorrss an?
siapa cakap susah meh Akie campak dalam mixer...muahahaha...*gelak macam witch



Ni ler Aiskrim ala-ala Mc Flurry Oreo yang Akie cecitew tu


haaa...yang bekas kuning tu Aiskrim Oreo dan bekas biru tu Aiskrim coklat
Akie letak coklat malt jenama Malco jer...sedapp giler I kata youuu...haha..*macam gedik jerr

Apa tu ovallete?
ovalette  dikenali sebagai sponge cakes tabilizer atau sejenis bahan penstabil atau emulsifier

oke2...dah siap tunjuk kat Akie..hee...nanti komen ler kalau nak  tanya apa-apa
kalau tak faham pasal resepi ni...tapi tak kan ta faham kot...mudah je kan?
Selamat mencuba


p/s> nak copy tekan ctrl+c dan paste tau...Salam Ukhwah dari Cik Akie

2 comments:

  1. salam..nk tnya..ms nk bekukan tu tutup x bekas aiskrim tu. and satu lg, bekukan dkt tempat ais tu kan? ;)

    ReplyDelete