Follow CikAkie

Terima kasih kerana sudi lawat blog Cik Akie. Alang2 dah ke sini,Follow & like blog Akie dan tinggalkan jejak ya!

Monday 4 March 2013

# kisah Cik 'Biba',,,


Salam pembuka bicara
Cik Akie kembali berceloteh diruang kudus ni...hahax
kali ni Akie nak cecita pasal Cik 'Biba'...
korang kenal tak Cik 'Biba'??? kenal!
Cik 'Biba' ni bukannya sesiapa tetapi sejenis haiwan
(bukan juga nama seseorang...harap maklum~)
cuba teka apakah Cik 'Biba' yang Akie dok cakap ni...
jawapannya ialah......BABI (sejenis binatang ye...!)
# ni bukannya mencarut ye...I MENTION AGAIN!
NI BUKAN MENCARUTTTT!!!!
#aduh...susah betul le bab-bab sebut perkataan ni
takut buatnye jadi kontroversi...O_o


sebenarnya Akie cuma nak cerita kisah adik Cik Akie dengan sejenis haiwan
yang Akie rasa Akie suka panggil..Cik 'Biba'
# lebih sopan kot bunyinya..HAHA

Dulu-dulukan...masa adik Akie kecil-kecil
adik Akie ni jenis budak cerdik dan suka membaca
nak dijadikann cerita ni
Adik Akie dapat buku cerita kisah 'Si Arnab dan Si siput SEDUT!
eh!salah...siput babi...(sejenis binatang~)
kisahnya berbunyi macam ni
sedang si adik ni syok membaca dengan penuh semangat 
tiba-tiba dia berhenti membaca...ayah Akie tanyalah kenapa berhenti baca???
tiba-tiba,dia jawab....
"Abah!Buku ni HARAMlah!"
ah...sudah~apanya yang haram tu...pada mulanya Abah ingat'
ada ayat-ayat unsur @#$%^ ke....(tak boleh cakap!DOSA~hehe)
rupa-rupanya siput babi...
kisah ni juga berulang pada adik Akie yang seorang lagi ni
dia juga ada masalah menyebut perkataan ni
punya lah payah nak sebut babi
"Ermmm...bab...bab..babbb..Abah!tak boleh sebutlah...Allah marah!"
tu lah ,kanak-kanak sekarang...cerdik-cerdik semuanya
nasib baik lah mereka ni masih suci lagi
tetapi ada juga segelintir kanak-kanak sekarang
sudah mula mencarut,membuli dan melakukan perkara yang tak senonoh
sampailah kawan-kawan yang sebaya mereka turut terpengaruh..aduhh~
tu yang berlakunya bila adik bongsu Akie dengan muka tak bersalah
membuat perbuatan yang seakan-akan
aksi lucah(yang tunjuk jari tengah tu~)...terkejut satu keluarga
bila ditanya katanya kawan yang ajar
lepas tu Akie tanya lah kenapa buat macam tu
jawabnya..."entah...kawan yang ajar,kak"

konklusinya ,kita mestilah menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak muda sekarang terutama kanak-kanak seperti yang
Akie dok membebel dari tadi ni...
mereka sememang nya mudah terpengaruh dan suka
explore benda-benda disekeliling mereka

Akhir sekali ,Akie nak ucapkan ribuan kemaafan sekiranya sesiapa
yang bernama Cik Biba terasa dengan entry ni,ke apa...
saya tak bermaksudkan awak...HARAP MAKLUM!peace!

p/s~Akie juga memangil binatang babi ni dengan
gelaran...'BAB 1' ^_^



4 comments:

  1. sama macam adik2 aku aje.. hehehe

    ReplyDelete
  2. That is a nice pig checkout my blog at
    http://definingwords.blogspot.com/2013/03/coal.html
    feel free to leave a comment

    ReplyDelete
  3. Macam karangan BM dah, ada intro, isi, and penutup. Siap conclusion lagi -.- Hha. Btw nice message there :)

    ReplyDelete