Follow CikAkie

Terima kasih kerana sudi lawat blog Cik Akie. Alang2 dah ke sini,Follow & like blog Akie dan tinggalkan jejak ya!

Saturday, 9 February 2013

# Rindu pada zaman kanak-kanak

Bismillahirahmanirahim...
Akie kembali menaip bicara di ruang ni...
sebelum nak sampaikan topik yang sebenar
Akie nak terangkan kenapa Akie buat blog ni
sebenarnya, Akie pada mulanya Akie cuma
berblogging untuk suka-suka sahaja...
al-maklum saya ni cepat terpengaruh...
jadi,jangan sesekali mempengaruhi saya
dengan benda-benda yang negatif...
TETAPI...
kini Akie baru mendapat idea untuk jadikan ruang ni
sebagai berkongsi pendapat , luahan perasaan
ataupun sekadar kongsi pengalaman
bersama blogger yang lain...
blog ni juga sebagai diari untuk teman-teman diluar sana
yang mungkin ingin mengetahui perkembangan Akie..
tu pon kalau ada sesiapa yang nak tahu laa...
kalau tak nak tahu pasal apa-apa tentang Akie...NO KOMEN!
Oke...fokus kita hari ni
cuma sekadar luahan perasaan Akie
kepada kawan-kawan Akie ketika Akie masih sekolah rendah...
Akie rindukan mereka...tetapi,mereka rindukan Akie ke???
hanya tuhan je yang tahu mereka rindu atau tak...terpulang..
Akie tahu,Akie bukannnya jenis popular masa sekolah rendah
Akie lebih dikenali sebagai 'budak nerd'...
tak pun sekadar 'budak OVER' ...HAHA
cerita pasal 'budak OVER' ni...
memang betul lah tu...Akie memang terkenal dengan
budak yang jenis tangan melilau...bercerita dengan penuh gaya gitu...
sampaikan kawan Akie, Tasya panggil Akie Si Nyawa-Nyawa Ikan...
kejam betul!!!sampai hati panggil Akie dengan panggilan sebegitu...
tapi nak buat macam mana...memang hakikatnya...
dah tak boleh nak nafikan lagi
# malu...sebab mengaku OVER
Akie tahu ,Akie pasti kawan-kawan Akie
tu semua tengah gembira dan  berjaya diluar sana...
jelez lihat Wawa,Atul,Lynn dan yang lain berjaya kat sekolah mereka
semuanya jadi pemimpin...
#oke..oke...Akie dah tak sempat nak habiskan luahan ni
sebab mak Akie suruh tutup laptop....nak pergi jogging ni
apa-apa pun Akie harap Akie akan jumpa korang nanti
kalau ada masa mungkin kita poleh hang outsama-sama,an??
ASSALAMUALAIKUM...