Assalamualaikum...jawab, jangan tak jawab
nanti dosa taw!HAHA
karang tak pasal-pasal dapat dosa free
seperti biasa,Akie kembali merepek di ruang ni
dah lama tak update sebab tak ada masa
sekarang sibuk ber'tweet' lak
entah bila Akie mula melekat kat Twitter
kalau sebelum ni asyik blog ataupun Facebook
mungkin di sebabkan terpengaruh dengan adik Akie,Paan
dia yang ajar Akie tentang Twitter
kalau tak harapkan ada akaun Twitter je
tapi tak buka pun~
alang-alang tengah cerita pasal Twitter ni
apa salah add Akie kat Twitter erk?!
cari je Cik_Akie kat Twitter korang
InsyaAllah, Akie follow balik
# Akie tak sombong tau~HIHI
Okey...berbalik pada topik asal
Akie sepatutnya update hari tu lagi tapi...
nak buat macamana...saya sekarang sentiasa busy
# busy ler sangat...cewahh!
sekarang Akie tengah belajar menjahit
baru je lagi..freshie ler katakan
jadi mesti ler tak tahu apa-apa
asas menjahit pun tak tahu
tapi yang menyirapnya orang-orang kat
sana layan Akie macam Akie ni dah expert
# menyirap + who care??
sekarang tengah jahit baju jubah peplum
first time sebut peplum macam bunyi buah plum
habis kawan Akie, Zue gelak...alahai~
apa-apa pun, harap jubah ni dapat siap
dengan sempurna dah yang paling penting...BOLEH PAKAI
kalau tak muat...NO KOMEN
# akibat salah potong kain + jahit
EHH!
perasan tak Akie membebel diluar topik...
tu ler,,punya ler nak cerita pasal busy tapi
tercerita lebih-lebih pasal menjahit
hari Sabtu lepas,
Akie,Zue dan Ana pergi Jom Masuk U kat MITC
tak de ler ramai orang bila nak bandingkan dengan
kat PERSADA,Johor Bharu
ada gak universiti yang tak de
main pointnya...
tapi time tulah Akie hilang keyakinan diri
Akie tersalah pilih baju
# sedih sangat-sangat
perasaan sedih tak boleh nak diungkapkan
sebenarnya Akie nak pakai baju lain tapi
tiba-tiba lak Akie ubah fikiran
sebab baju yang Akie nak pakai mula-mula tu
dah sempit...
# salahkan baju..walhal salah badan yang sudah 'mengembang' ni
so,Akie mula menyendiri
Zue dan Ana mungkin perasan yang Akie agak senyap
# deorang memang perasan pun
sorry ye sebab bukannya Akie tak nak borak dengan korang
tapi Akie tak ada mood...sebabnya sudah tertera jelas kat atas
sebab tu lah Akie tak nak bergambar sangat..
#Oh MAMA~ T^T
Akhir kalam,Akie mohon maaf atas kelakuan Akie
yang mungkin mengundang pertanyaan
pada Zue,Ana mahupun mak bapak Zue
yang tertanya-tanya kenapa Akie bersikap bergitu...
apa-apa pun terima kasih banyak-banyak sebab
sudi tumpangkan Akie ke sana...
Akie gembira sangat sebab dapat keluar jalan-jalan
dengan korang yang sememangnya gila-gila
MAAF ZAHIR & BATIN
# macam ucapan Raya ler pulak!hihi
ni ler gambar mereka yang comel..gambar saya?
TAK NAK TUNJUK!!!!
waaaaaa,siap buat ala2 komik lagi kat gambar tu.hihi
ReplyDeletehehe..saje2...
Deletealie!!!! nak gmbr kw!!!
ReplyDeletekalau kau nak gambar aku....TAK BOLEH...malu!~!~~~
Delete