Follow CikAkie

Terima kasih kerana sudi lawat blog Cik Akie. Alang2 dah ke sini,Follow & like blog Akie dan tinggalkan jejak ya!

Friday 6 June 2014

Scoliosis Awareness Month

Alhamdulillah...dah masuk Jun
maknanya dah nak bulan puasa
tak sabar nak bertemu Ramadhan ^^

Jun?
Apa istimewanya bulan ni?
birthday Akie ke? birthday siapa? Anniversary?
ehh...taklah...
bagi kami yang mempunyai Scoliosis bulan ni amat bermakna
bulan ni bulan Scoliosis Awareness Month
Jadi disini Akie nak ambil kesempatan ni
untuk memberi peringatan kepada semua rakan-rakan
agar mengambil tahu tentang Scoliosis ni
hal ni mesti diambil tahu terutama kepada ibu bapa
ibu bapa perlulah sentiasa melihat perkembangan tulang belakang 
anak-anak..check tulang belakang mereka
hal ni kerana ramai anak-anak terutama remaja perempuan
sering menghidap scoliosis
*ehh? apasal skema sangat ayat aku ni?*


Apakah itu Scoliosis
Pada pendapat Akie skoliosis ni bukanlah penyakit
skoliosis merupakan kesan pada tulaang belakang
yang berbentuk S

hurm...untuk lebih jelas boleh rujuk

pic daripada Mr Google

Akie juga merupakan salah seorang yang mengalami Scoliosis
Pada mulanya memang Akie tak perasan
dengan perubahan tulang belakang ni
masa form 4 baru perasan ada perubahan yang agak ketara
masa tuh memang malu sangat sebab ramai yang tegur
tapi nasib baik masih ada ramai sahabat yang
memberi kata-kata semangat kat Akie
Alhamdulillah
sekarang Akie lebih tabah dan lebih konfiden untuk
berhadapan dengan orang ramai
Akie pon mula konfiden untuk memakai baju yang Akie mahukan
kalau dulu pakai baju semuanya besar kedabak!
tapi sekarang Alhamdulillah everything gonna be okay ^^



Pembedahan?
hurm....pernah juga terfikir
tapi bila Doktor kata tak perlu risau
dan kondisi tulang tidak beri sebarang effect
tapi bagi Akie selalu juga rasa sakit-sakit dekat tulang belakang
tapi doktor tu cakap nothing to be worry about it
hurm...macam tak caya jer???

Mak pon selalu jer cakap 

"Nanti cari Pakwe biar dia terima Akak seadanya"
"Beritahu dia yang Akak ada Scoliosis"

haha...hurm...betul juga nasihat tuh

okey lah...nak sambung kerja
ni dikira curi tulang ni...huhu

Okey...papai semua
Assalamualaikum ^^




No comments:

Post a Comment