Follow CikAkie

Terima kasih kerana sudi lawat blog Cik Akie. Alang2 dah ke sini,Follow & like blog Akie dan tinggalkan jejak ya!

Saturday 23 July 2011

Sajak:Nyalakanlah!

Ehem~Action!
Masihku teringat
Bonda pernah bersurah
Semangat perjuangannya
Menentang penjajah
Yang telah menodai tanah ini

Bondaku juga berpesan
Berjasalah kamu
Kepada tanah
Tanah tumpahnya darahmu
Dan berjanjilah
Kotakanlah
Wahai permata hatiku
Agar semangat juang kembali menyala
Mengalir di tubuhnya

Tahukah anakku
Mereka berkorban nyawa
Hanya untuk mencari kunci
Kebebasan untuk merdeka

Kini
Mereka telah  membuka
Kunci itu untuk kita
Merupakan bingkisan istimewa
Khusus untuk bangsanya

Bangunlah bangsaku
Serulah semangat juang itu
Janganlah padamkan
Nyalakanlah hingga ke generasi seterusnya
Berjuanglah atas nama tanahmu ini
Tanah air kita yang tercinta






Apa macam?
okey x?
ni adalah keje sekolah Akie
kena buat sajak tema kemerdekaan~
First2 Akie ingat nak wat cerpen 
tapi rasa macam malas lak...
hehehehe
okey tak sajak ni....
boleh jadi penyajakkan?!

No comments:

Post a Comment