Follow CikAkie

Terima kasih kerana sudi lawat blog Cik Akie. Alang2 dah ke sini,Follow & like blog Akie dan tinggalkan jejak ya!

Sunday 5 September 2010

# Sahabat yang TErpilih...

Berkawan dengan semua orang tetapi pilih siapa yang patut jadi kawan baik korang. Apabilal korang bergaul dengan orang-orang disekeliling korang, korang harus pandai menyesuaikan diri. Ada satu kenyataan yang pernah saya baca menyatakan, korang mempunyai personaliti yang sihat apabila kprang boleh bergaul dengan pelbagai jenis orang daripada pelbagai jenis latar belakang.

Maksudnya, jika korang ada personliti yang sihat dan korang pandai berkawan,korang boleh berkawan dan mesra dengan sesiapa sahaja tidak kira mereka pelajar cemerlang, tidak cemerlang, samseng, kaki gaduh, ajk surau, ketua pelajar dan sesiapa sahaja. Jika korang rasa  hanya boleh bergaul dengan beberapa jenis orang sahaja, korang perlu pelajari dan berlatih bagaimana mahu luaskan kenalan korang.

Ini adalah kerana, apabila korang sudah bekerja nanti, korang akan jumpa pelbagai jenis orang…. mungkin korangF akan jumpa seseorang dengan sifat dan perangai yang selama ini korang sangka tidak wujud langsung. Namun, dalam berkawan dengan semua orang ini, korang perlu juga memilih.

No comments:

Post a Comment