Follow CikAkie

Terima kasih kerana sudi lawat blog Cik Akie. Alang2 dah ke sini,Follow & like blog Akie dan tinggalkan jejak ya!

Thursday, 21 November 2013

Penamat hari-hari cutiku dirumah



Assalamualaikum bloggers.. : )
Akie kembali berceloteh
Alhamdullillah ,Allah masih memberi Akie peluang lagi untuk
berhidmat untuk Nya didunia ni...
kalau tak macam mana Akie boleh membebel taip kan?kan?
Thanks to Him again...^^


as usual ler, seronok punye holiday sampai terlupa dah nak habis sem break!*Cis!
geram betul sebab tak puas nak holiday , nak tatap muka family
nak tengok drama Playboy Itu Suami Aku
nak baca novel 'cintan cinton' Akie yang masih banyak lagi belum baca
* tu ler,siapa suruh tamak beli banyak-banyak

dah tu, tak kurangnya geram kat diri ni
sebab dah nak minggu akhir sem break ni baru ler nak berjinak-jinak
cuba masak something...Alhamdulillah,banyak juga benda yang dulu memang Akie
teringin sangat nak masak dengan hasil air tangan sendiri
sekarang , Akie dah cuba buat Aiskrim , puding roti , tart buah -buahan,
pavlova , spageti mushroom dan banyak lagi ler
yang pasti semua makan barat sana tu
sampai kena perli dengan mak ,dia cakap...
"ni asyik masak Western food jer...tak pasal-pasal nanti kalau kena kahwin dengan mamak
atau orang Negori camne??" [sambil ketawa macam mengejek ]
huhuk...nak buat macam mana...
andai jika betul pon Akie dapat suami  mamak ke orang Negori pon
dia mesti terima anak dara mak ni seadanya...ni tekak selera orang!
suka hati Akie ler nak masak per..
lagi pon, kalau betul suami Akie tu orang ntah pe-pe tu
nanti Akie berlajar ler masak masakan ikut tekak dia tu kan? kan?
setakat tengok resepi kat buku atau internet...senang je kan??
janji hati kena terbuka untuk masak dan yang penting RAJIN
kalau tak rajin jawapan nye sama jer...
masak sekali tu jer beria-ria ,lepas tu acuh tak acuh jer...*haha

back to my main topic,
akhirnya kami (pelajar matrikulasi seMalaysia)
kena balik juga Jumaat ni, sebabnya esoknya (Sabtu)
ada peperiksaan penting bagi kami,MUET
*ngeri dengar tau...
Akie ni dah ler tak study sangat untuk MUET ni
sibuk benor jadi anak dara 'TERrajin' ...
lagi pon Akie tak tahu sangat nak revise ape?
tapi telinga ni boleh naik bernanah dek hari-hari kena bebel
disuruhkan study MUET *sembam muka kat bantal

apa-apa pon, korang-korang doakan Akie dapat buat yang terbaik untuk
MUET ni, PSPM lepas tu dah tak boleh kata ape-ape
benda dah lepas tak yah ler nak dikenang-kenangkan??
so, sekarang ni Akie cuba positifkan diri
untuk teruskan jelah perjuangan ni
andai gagal, Akie terima seadanya, Akie pasti mesti ada hikmahnya
andai berjaya, Akie tersangat-sangat ler bersyukur kepada Yang Esa
Akie pon berharap sangat MUET dapat band yang dalam kategori selamat
tak nak ler kena ulang kan??

kepada sesiapa yang ada request resepi kat Akie
tak kira ler Facebook ke, Insta...
Akie nak ucapkan thank you sangat-sangat
terharuuuuu...kita ni baru jer belajar
so, rasa segan pulak nak share resepi kat korang
tapi sebab Akie sayang korang, Akie tersangat ler sudi berkongsi ilmu
resepi-resepi yang Akie pernah masak dengan korang semua
harap-harap, korang dapat juga masak dan yang pasti kena ler sedap kan?

okey...sudah sampai juga kepenghujungnya
sebelum tu , Akie nak ucapkan semoga maju jaya dan buat yang terbaik
untuk semua pelajar Matrikulasi SeMalaysia untuk MUET
kita sama-sama berdoa agar kita dapat apa yang kita inginkan
dan mari sama-sama tanam azam baru
do our best for the next semester
Azam???..err...4 flat ke??\
Akie tak berani...3.8 pon okeh ler...hahaha
(memang tak konfiden langsung Akie ni kan???)
Salam ukhwah dari Cik Akie...^^


No comments:

Post a Comment