Follow CikAkie

Terima kasih kerana sudi lawat blog Cik Akie. Alang2 dah ke sini,Follow & like blog Akie dan tinggalkan jejak ya!

Tuesday, 12 March 2013

# kalau lah dapat Bonus A dalam SPM!

ASSALAMUALAIKUMMM....
harap-harap kita-kita sentiasa sihat
saya sihat walaupon awak tak tanya saya sihat ke tak...HAHA
nampaknya sekarang ni Akie memang tiada masa nak update blog
lagi pun, bukan nya ada sesiapa yang singgah membaca disini pon
# HAHA (gelak sendiri)
Baru-baru ni mak Akie baru membeli oven...
dah lama kami rancang nak beli
baru tahun ni dapat beli...mungkin tahun dapat bonus
# kan bagus kalau keputusan SPM Akie juga dapat bonus???
kalau dapat...Alhamdulillah
rasa seram pula bila ceciter pasal result SPM yang bakal keluar beberapa
hari lagi ni...apa-apa pun Akie memang belom bersedia
menghadapi hari yang amat dinanti-nantikan kepada semua
yang ambil SPM 2012....harap-harap tahun ni result gempak,yaaa
Okey ,Akie rasa Akie dah ada hobi baru
hobi ni lebih berbunyi agak feminine untuk Akie
sebab Akie sememang nya terkenal dengan seorang
yang berwatak ganas dan cuai...
jadi,mesti agak pelik bila Akie suka memasak, bakar kek
dan...menjahit sulaman manik...sangat feminine bukan???
bab jahit sulaman manik tu,Akie tak ada lah expert...
masih belajar dan cuma belajar melalui buku
nasib baik mak bapak Akie sokong hobi baru Akie ni...
tu sebab lah mereka sponsor buku belajar jahit manik...
by the way, thank you...love you mum and dad!
# tak sangka feminin gak aku ni???

apa-apa pon...get ready to take off!HAHA
redha dengan ketentuan illahi...

Kepada korang-korang yang akan 
ambil result SPM Rabu depan...
Akie wish korang dapat yang TERbaik...
Doakan jugalah untuk empunya diri ni 
walaupun rasanya sudah terlambat
sekarang nak harapkan keajaiban berlaku...HUHUX T^T

Salam Ukhwah dari Cik Akie~ 



Cik Akie Si Peminat Bruno Mars...HAHA

Monday, 4 March 2013

# kisah Cik 'Biba',,,


Salam pembuka bicara
Cik Akie kembali berceloteh diruang kudus ni...hahax
kali ni Akie nak cecita pasal Cik 'Biba'...
korang kenal tak Cik 'Biba'??? kenal!
Cik 'Biba' ni bukannya sesiapa tetapi sejenis haiwan
(bukan juga nama seseorang...harap maklum~)
cuba teka apakah Cik 'Biba' yang Akie dok cakap ni...
jawapannya ialah......BABI (sejenis binatang ye...!)
# ni bukannya mencarut ye...I MENTION AGAIN!
NI BUKAN MENCARUTTTT!!!!
#aduh...susah betul le bab-bab sebut perkataan ni
takut buatnye jadi kontroversi...O_o


sebenarnya Akie cuma nak cerita kisah adik Cik Akie dengan sejenis haiwan
yang Akie rasa Akie suka panggil..Cik 'Biba'
# lebih sopan kot bunyinya..HAHA

Dulu-dulukan...masa adik Akie kecil-kecil
adik Akie ni jenis budak cerdik dan suka membaca
nak dijadikann cerita ni
Adik Akie dapat buku cerita kisah 'Si Arnab dan Si siput SEDUT!
eh!salah...siput babi...(sejenis binatang~)
kisahnya berbunyi macam ni
sedang si adik ni syok membaca dengan penuh semangat 
tiba-tiba dia berhenti membaca...ayah Akie tanyalah kenapa berhenti baca???
tiba-tiba,dia jawab....
"Abah!Buku ni HARAMlah!"
ah...sudah~apanya yang haram tu...pada mulanya Abah ingat'
ada ayat-ayat unsur @#$%^ ke....(tak boleh cakap!DOSA~hehe)
rupa-rupanya siput babi...
kisah ni juga berulang pada adik Akie yang seorang lagi ni
dia juga ada masalah menyebut perkataan ni
punya lah payah nak sebut babi
"Ermmm...bab...bab..babbb..Abah!tak boleh sebutlah...Allah marah!"
tu lah ,kanak-kanak sekarang...cerdik-cerdik semuanya
nasib baik lah mereka ni masih suci lagi
tetapi ada juga segelintir kanak-kanak sekarang
sudah mula mencarut,membuli dan melakukan perkara yang tak senonoh
sampailah kawan-kawan yang sebaya mereka turut terpengaruh..aduhh~
tu yang berlakunya bila adik bongsu Akie dengan muka tak bersalah
membuat perbuatan yang seakan-akan
aksi lucah(yang tunjuk jari tengah tu~)...terkejut satu keluarga
bila ditanya katanya kawan yang ajar
lepas tu Akie tanya lah kenapa buat macam tu
jawabnya..."entah...kawan yang ajar,kak"

konklusinya ,kita mestilah menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak muda sekarang terutama kanak-kanak seperti yang
Akie dok membebel dari tadi ni...
mereka sememang nya mudah terpengaruh dan suka
explore benda-benda disekeliling mereka

Akhir sekali ,Akie nak ucapkan ribuan kemaafan sekiranya sesiapa
yang bernama Cik Biba terasa dengan entry ni,ke apa...
saya tak bermaksudkan awak...HARAP MAKLUM!peace!

p/s~Akie juga memangil binatang babi ni dengan
gelaran...'BAB 1' ^_^